Isnin, 17 Ogos 2009

Mari Lah Berbekam

Drpd Ibnu Mas’ud sesungguhnya Nabi Muhammad telah Bersabda
”Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan Malaikat pada malam aku Isra’ oleh AllahTaala,
dan mereka telah berkata,
“Wahai Muhammad suruhlah umatmu Berbekam”.

Kenapa BEKAM?
1.(Mengikut sunnah)amalan rawatan Rasulullah
2.Utk mengurangkan toksid,Membetulkan sistem imuniti &
menyembuhkan penyakit(keizinan dr Allah)
3.Boleh melegakan sakit kepala,lenguh badan
dan meringankan badan.

OLEH ITU SAHABAT2 DI LUAR SANA MARI LAH BERBEKAM,BULAN RAMADHAN LAGI 4 HARI JE LG CEPAT....

Mai Pekena Nasi Lemak Rfc


Pagi tadi saya dgn Hariz atau lebih aku mengenali dgn panggilan ayie,bersarapan di Rfc LAguna.Depa tengah buat promosi makan pagi.Boleh tahan juga rasa,harga ok tengok tempat la..
so! sapa2 yg duk berhampiran mai le pekena nasi lemak RFc

Jumaat, 14 Ogos 2009

PBC mengamit Ramadhan

Salam Ikhwan,14& 15 PBC di SP Inn dan beberapa tempat di utara & 15&16 PBC di K.Batas dan berlangsung beberapa kawasan sewaktu dgn nya.Walapun menrealitikan kehidupan usahawan HPA disetiap PBC,Leader di dalam HPA tetap mengingat Bulan Ramadhan yg bakal menjelma,bulan yg penuh keberkatan.Ahlan wahsahlan Ya RAMADHAN .

Sahabat sekelian sekarang sedang berlangsung PBC di SP Inn masuk hari kedua,insyaallah slot hari ini Merawat Penyakit memlalui saraf Tapak Tangan yang di sampaikan oleh PJM Kak Pah orng yang tak makan dek usia... mana tak nye, org tua ke, org muda ke... semua panggil dia
KAK PAH,
seLepas Itu slot Produk Halal Satu Tanggungjawab yang bakal di sampaikan oleh PJM USt Zahir Ghazali,beliau memang tak asing, malah dikenali"leader Nusantara" sekali tengok macam pak ARAB dah...
Semalam......banyak peristiwa yang berlaku tapi hanya sedikit saya dapat kongsikan bersama
Sebahagian dari perserta Lelaki & wanita bersama menghayati nasyid Teman Sejati
bersatu hati mencari teman seperjuangan,dalam memperjuangkan & meyatukan hati Umat Islam,supaya HPA tidak dihancurkan oleh ahli nya sendiri dan berkecai di tengah jalan.
Saf kepimpinan yang diketuai oleh PJE Ust Sabri Ahmad sewaktu bernasyid bersama didalam slot Gerak Kerja 6 M
PJS Zamaliah atau dikenali Kak Maliah Pergarah bersama PBC LANGKAWI(atau dikenali juga Kak Langkawi-kerna usaha nya membentuk rangkaian di Pulau Lagenda itu)beliau sempat singgah di PBC SP INN Sg Petani bagi memastikan PJS Sabri Ahmad turut membantu nya di program yg diadakan di Langkawi.
"Kak Maliah saya tak leh pi Langkawi, la ni duk Pening Kepala ngap-nap rasa, nanti naik feri lagi teruk",Kata Abg Sabri......


Pengarah program PBC SP sangat marah kerna ada lagi perserta dan ahli membawa anak ke program(sebagai bukti botoi susu sapa?)setelah ditegur dan diingatkn oleh beliau sejam kemudian "line clear"(pukul 10pagi selepas selesai pendaftaran tak de lagi kanak-kanak).

Macam macam hal,tapi dgn ukhuwah yang ada dapat dibereskan.sekian.

Khamis, 13 Ogos 2009

Pergi Tak kembali...AlFatihah


ASRI RABBANI
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Ku mengenali nya semasa di Sg Pencala lagi(1986),beliau gigih mengajar nasyid walaupun ditengah padang yang gelap......syukur pd Allah,impian beliau membawa dakwah melalui lagu-lagu nasyid tercapai juga.Al Fatihah buat Ust Asri.

Isnin, 3 Ogos 2009

MRSM Lenggong di Gempur.... Radix

Syukur Pada Allah,program yng di Adakan di MRSM Lenggong pada hari ini dapat diterusakn walaup pun Aku dgn Syed Lawyer menerima dugaan semasa dalam perjalanan untuk menuju ke sini.Kereta Sorento di hentap dari belakang oleh kereta Myvi sebelumsampai ke pekan Lenggong.Syukur lagi sekali pada Allah yang melindungi perjalanan kami,kereta kami tak terjejas tapi myvi mengalami masalah yang teruk.
Perjuangan HPA diteruskan dgn misi yang tersendiri iaitu Produk Halal satu Tanggungjawab,berita ini disampaikan kepada masyarakat disetiap pelusuk dunia,bandar dan juga kampung bagi menyedari keperluan dalam kehidupan kini.

Program yang dikendalikan bersama Ustaz Jantan Abdullah dan disertai oleh Guru & staf MRSM.
Baru kenal hari ni tapi mesra macam dah sepuloh tahun.Saya tak akan lupa ungkapan ini"tak de dalam dunia ni.... Ustaz nama nye perempuan",..

Staf & Guru guru sedang khusuk mendengar taklimat program oleh Syed Salahuddin.Program berakhir 12.30pm.Semoga dgn taklimat ini pihak sekolah dapat maklumat untuk tindakan sewajarnya.Pihak Kominiti HPA Zon Utara ingin merakamkan Ribuan Terima Kasih kerna Pihak sekolah dgn sudi&berjaya mengadakan program bersama HPA.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kopi Radix Imej Baru

Salam,
Pelbagai usaha bagi menjaga mutu & imej Kopi Radix yg begitu banyak di ciplak.Ini lah imej terbaru kopi radix papan.Semoga dgn imej baru ini Allah dapat membantu segala usaha menangani kopi palsu dipasaran.AMIN.