Sabtu, 21 November 2009

Mana Peka yg org BERKuatKuasa

CAP melaporkan minuman ringan berprisa arak menjadi kegemaran remaja terutama Melayu.Macammana pengeluar dapat sijil untuk mengeluar&mengedar produk ini.!?sekarang nk salahkan siapa? ibubapa...pembeli...penjual...atau pihak yang berkuasa untuk......
wahai ibubapa diluar sana tolong ambil berat tentang perkara ni.Pastikn anak anda tidak membli minuman ringan berprisa arak yang mengandungi akhohol 5.5%......
Patut hati emaja sekarang susah dibentuk.....?

Jumaat, 20 November 2009

Susah Kalu tak ikhlas

Seorang tok guru didatangi tetamu, dengan hormat dia meminta nasihat dan pandangan tentang rumah tangganya yang hampir runtuh. Tok guru itu dengan tenang mengungkai masalah tetamu itu dan seterusnya memberi pilihan beberapa tindakan untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia yang puas hati segera pulang dengan membawa harapan besar.Tiga bulan kemudian tetamu tersebut datang semula kepada tok guru berkenaan bersama isterinya. Melihat keadaan itu tok guru itu bertanya, apakah ada masalah lagi yang boleh dibantu. Dengan senang hati dia berkata, alhamdulillah kami bahagia malah isteri saya sedang mengandung anak saya. Saya datang nak ucap terima kasih kepada tok guru. Dan sebagai tanda terima kasih, ini cek bernilai RM5,000 untuk tok guru.
Dalam kisah yang lain, seorang Pegawai Daerah yang agak berpengaruh di daerah itu didatangi tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut adalah ahli perniagan yang sangat rapat dengan pegawai daerah itu. Kebetulan penjawat itu amat arif tentang gerak kerja bisnes ahli perniagaan itu.Tetamu itu ingin membuka syarikat sembelihan dan proses ayam segar di kawasan itu. Dia mahu mendapat sokongan pewagai daerah kerana lazimnya sokongannya itu dinilai sebagai benar oleh pihak kerajaan. Oleh kerana menghormati kenalan, walaupun dia tahu tetamu itu tidak mencukupi syarat, dia sokong juga.Tiga bulan kemudian, tetamu itu datang lagi bertemu pegawai daerah itu. Kali ini dia datang dengan membawa cek bernilai RM 5,000, katanya terima kasih atas sokongan, permohonan itu sudah diluluskan.
Satu kisah lagi seorang Pengarah Projek didatangi oleh seorang tetamu dari luar kawasan, mereka berdua tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Dia membuat pertemuan itu dengan penuh pengharapan iaitu satu permohonan untuk membeli rumah di situ. Kebetulan pula rumah di situ menjadi rebutan, tetapi diutamakan kepada orang tempatan.Dalam pertemuan itu tetamu tersebut merayu kepadanya agar dipertimbangkan permohonan itu. Namun dia dengan tegas berkata, saya boleh bawa perkara ini ke atas tetapi saya tidak jamin kerana ramai yang memohon, lagi pun kita akan utamakan orang tempatan. Awak bukan tinggal di sini.Keesokan harinya sewaktu di rumah dia menerima cek bernilai RM 5,000 daripada tetamu semalam dengan ucapan terima kasih kerana melayan permohonannya semalam.
Berdasarkan tiga kisah di atas, manakah yang dikatakan hadiah dan mana pula yang dikatakan rasuah? Walaupun kisah itu bukan benar, namun kita boleh melihatnya sebagai contoh kes yang boleh kita renungkan secara serius. Ya, kes yang pertama ada hadiah, tetapi kes kedua dan ketiga adalah rasuah.Sebenarnya, perbezaan yang jauh ini amat dekat dalam kehidupan kita. Jadi berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam kancah yang hina itu, dan berhati-hati juga supaya kita tidak dengan cepat menuduh orang itu dan ini melakukan atau menerima rasuah. Ingatlah kesilapan kita membuat perkiraan, sebenarnya sebahagian kaki kita sudah berada dalam neraka

Sabtu, 14 November 2009

Jangan Buat.....kan dah.....


Salim (bukan nama sebenar) dan Siti (bukan nama sebenar) hadir ke pejabat Agama Kluang untuk proses nikah. Waktu permohonan nikah, Siti sedang mengandung luar nikah, kandungannya berusia 5 bulan. Salim dan Siti telah dibawa ke Bahagian penguatkuasa JAIJ untuk sissatan lanjut.

Salim berumur 20 bekerja sebagai pekerja am, pendapatan sebulan lebih kurang RM 300 sebulan, manakala Siti juga berumur 20 tahun, tidak bekerja. Mereka sudah berkenalan sejak setahun lalu, mula berkenalan di Simpang Renggam. Mulanya sebagai kawan biasa, akhirnya semakin intim sehingga mendorong mereka membuat hubungan sex.

Menurut pasangan ini, mereka terlanjur melakukan hubungan sex sebanyak 4 kali. Kali pertama, melakukan di rumah Siti di Simpang Renggam sewaktu orang lain tiada di rumah. Kali terakhir melakukan hubungan sex di rumah Salim di Kluang sewaktu tiada orang lain di rumah. Bila sedar sudah mengandung, mereka mengambil keputusan berkahwin. Kedua-dua belah keluarga merestui kerana tidak mahu menanggung malu.

Penguatkuasa telah membawa Siti ke Klinik Kesihatan Mengkibol, Kluang dan doktor mengesahkannya mengandung 5 bulan. Kemudian, membawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Kisah ini adalah catatan perbicaraan . Kisah ini berlaku pada tahun 2007. SEKIAN.
Begini nasib org Melayu,benda yang dilarang paling menjadi-jadi nak buat.

Selasa, 10 November 2009

Allah memudahkan Tugasan ini....Amin


alhamdulillah hari ini dapat settle delivery Furqan Rehal 71' ke Yayasan An Nahdhoh.Syukur pd Allah mempermudahkan segala usaha aku&Rusdy selama ini.
Next project is moveable Rehal fliptop

Selasa, 3 November 2009

Mai la Gosok Gigi

Produk terbaru dipasaran setiap cawangan HPA,dapatkan segera Ubat GIGI Miswak yan mengandungi kayu sugi harga 4~5 ringgit shj ,berat 100gr

Tarikh PBC..........JOM JOINT!


salam Sahabat sesiapa yang berminat nak joint PBC atau nak hantar downline ke PBC sila buat perancangan awal,ayuh bersama kami merperjuangkan system ekonomi muslim
07 dan 08 NOVEMBER 2009
HSM Kepala Batas, SPU(RM180 ; Pengarah PJS Zanbli 019-4014013)

Kulim Inn, Kulim Kedah(RM180; Pengarah PJ Puan Fatimah)

13 dan 14 NOVEMBER 2009
Hotel El Zahra SP(RM160; Pengarah PJS Razak Polis 019-5720102)

14 dan 15 NOVEMBER 2009
HSM Taiping PERAK(RM160; Pengarah PJ Sazali)

20 dan 21 NOVEMBER 2009
Pantai Merdeka Resort(RM160; Pengarah PJS Nor Hyzad 019-4101737)
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat,gambaran dibawah adalah suasana perserta yang mengikuti program PBC 2hari 1 malam di setiap program


Isnin, 2 November 2009

FurQan RehaL MFC


Salam Sahabat yang dirahmati Allah,Ini adalah product terbaru FurQan Gemilang Trading,Rehal atau meja moveble type.

Nama Produk:FurQan Rehal 25" MFC
Ini Rehal pelbagai guna,mudah, rapi senang dibawa kemana-mana program-boleh dikata multifunction.Harga dipasaran RM 41.99



Nama Produk:FurQan RehaL 71" MFC



Rehal Ini sesuai untuk disusun didalam kelas atau bilik kuliah.Ia boleh dimuatkan 4 pelajar setaip satu rehal.Harga: RM 189.99



Nama Produk:FurQan RehaL 25"

Rehal ini sesuai untuk Guru @ Ustaz semasa mengajar di Kelas,Masjid & Surau

Harga:RM 59.99


Untuk sebarang tempahan boleh terus dibuat ke nombor 019 4743767


Wakil Pengedar di seluruh Malaysia di Perlukan

gelatin Kapsul drpd lemak BABI-30%dipasaran

ini kesan penyakit gila babi(gambar Kuda)

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan."Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu."Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas."Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

So what you waiting for,:bertukar kepada perubatan HPA,gelatin Kapsul yang digunakan sah drpd lemak lembu yang disembelih.