Ahad, 11 Oktober 2009

Gula dan Bahayanya

Apakah sebenarnya gula? Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan! Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kuprum dalam badan.
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.
21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukkan.
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab artritis.
31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu dalam ginjal.
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apendiks.
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil.
41. Penyebab sakit gusi.
42. Penyumbang kepada Osteoporosis.
43. Penyebab air liur menjadi berasid.
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin.
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
.46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab Katarak.
57. Penyebab Emfisema.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak dalam Hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun jauh.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.
71. Penyebab sakit kepala.
72. Menganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer.
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?Jangan terpedaya!
Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:Glukosa, Fruktosa, Laktosa, Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap maple, Molases, Sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa, Sorbitol.Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh;
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh;
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh;
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh;
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh;
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh;
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh;
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh;
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh;
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh;
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu>> teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia? Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini. Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati. Saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!"Kita adalah apa yang kita makan".
kembalilah kepada madu dan kini daun stevia utk menganti kan GULA

Sabtu, 10 Oktober 2009

mengapa perlu ambil MADU BESTARI

Sahabat ku sekelian,jika sahabt membaca bab mengapa menkeji tak kaji yahudi dan madu oh madu,sudah tentu sahabat akan mula memakan madu bestari,dgn izin Allah generasi ke-3 kita atau cucu kita bakal dilahirkan nanti insyaaalah boleh jadi genius.Amin(tapi jgn la kolot sangat sampai tak berusaha utk mengaji Quran,membaca buku ilmiah atau belajar)

PENGENALAN
Madu Bestari merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang di adun berasaskan pemakanan sunnah yang disebut di dalam AlQuran dan hadith yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent. Madu Bestari juga dapat membantu mengurangkan stress atau tekanan.
Diantara khasiat tambahan madu bestari:
· Untuk meningkatkan IQ pelajar;
· Meningkatkan daya ingatan untuk orang berumur dan pelupa;
· Untuk meningkatkan kecerdasan otak dan kecergasan badan;
· Meningkatkan sistem antibodi
· Melegakan batuk dan lelah. Amat baik untuk penghidap asma;
· Mengatasi masalah keletihan dan mengantuk;
· Meningkatkan tenaga dan menambah selera makan;
· Menambahkan vitamin, mineral dan zat-zat makanan yang diperlukan badan
Selain itu, Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapat melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

RAMUAN UTAMA PRODUK MADU BESTARI
1. Madu Lebah (Honey)
2. Badam (Almond)
3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
4. Kacang Adas (Lentil)
5. Kurma (Dates)
6. Tin (Figs)
7. Kismis (Raisins)
8. Zaa’rafan (Saffron)
9. Halia (Ginger)

Kaji Vaksin barah pangkal rahim

Serviks yang diserang barah.

Pakar perubatan anggap penyelidikan tempatan, ujian lumuran pap perlu diutamaNATALIE Morton, 14, dan Ashleigh Cave, 12, mungkin hanya memikirkan kesihatan diri, khususnya mengelak barah pangkal rahim apabila mengambil pelalian mencegah virus human papilloma (HPV) - penyebab penyakit maut berkenaan. Malangnya, keadaan berlaku sebaliknya apabila Morton meninggal dunia manakala Cave pula lumpuh separuh badan selepas mengambil pelalian berkenaan.

Memang secara umumnya tiada ubat yang benar-benar selamat secara 100 peratus. Ini kerana setiap ubat memiliki kesan yang berbeza kepada individu yang turut memiliki tahap daya tahan yang berbeza. Perlu diingat juga, setiap ubat memiliki kesan sampingannya namun lazimnya, kesan sampingan yang kecil ini tenggelam jika manfaat ubat itu terbukti lebih besar. Bagaimanapun dalam kes pelalian mencegah HPV, ia masih baru dilaksanakan termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat yang diperkenalkan pada 2006 dan tahun lalu di Britain. Program pelalian ini sudah dinyatakan pada satu majlis anjuran MCA April lalu dan hanya secara rasmi diumumkan pada Jumaat lalu. Justeru apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pelaksanaan program pelalian mencegah HPV bermula tahun depan kepada 300,000 remaja perempuan 13 tahun, ia sebenarnya mencetuskan banyak persoalan, termasuk apakah keputusan itu dibuat secara terburu-buru.
Pangkal rahim terjejas dengan HPV.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, berkata kebanyakan data berkaitan keberkesanan vaksin mencegah HPV itu hanyalah berasaskan kajian dari barat. "Mungkin sebelum kita memulakannya di Malaysia, kita memerlukan kajian tempatan. Namun apa yang lebih utama, kerajaan perlu meningkatkan langkah pencegahan dan kesedaran mengenai HPV itu terlebih dulu," katanya. Beliau berkata, setakat ini hanya ada dua syarikat pengeluar vaksin mencegah HPV di bawah jenama Gardasil dan Cervarix. "Mungkin kita masih perlu menunggu untuk beberapa tahun lagi sebelum membuat keputusan. Melakukan perbandingan dengan vaksin jenama lain juga perlu dalam melihat yang mana lebih efektif dan berbaloi dari segi kos," katanya.
Dr Maamor berkata, jika kesedaran masyarakat mengenai HPV dan barah pangkal rahim sememangnya tinggi, langkah pencegahan awal tidak perlu menelan belanja besar. "Kita perlu ingat faktor risiko barah pangkal rahim adalah mereka yang beranak ramai dan ramai pasangan seksual (lelaki atau perempuan) dan kebersihan alat kelamin itu sendiri. "Sehubungan itu, setiap wanita mesti melakukan pemeriksaan pelvis berjadual bagi mengesan sebarang perubahan sel di sekitar pangkal rahim. Wanita perlu peka kepada kepentingan ujian lumuran pap (pap smear)," katanya. Kenyataan Dr Maamor ada benarnya, kerana dalam kes vaksin barah pangkal rahim, hanya ada dua pemain utama dalam usaha pengeluarannya. Ini secara langsung, menyebabkan harganya masih mahal walaupun sudah ditolak kos subsidi oleh kerajaan. Walaupun Cervarix sudah didaftarkan dan disenaraikan sebagai selamat di pasaran 95 negara, namun ia masih tidak mendapat kelulusan Pihak Pentabdiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA). Satu daripada alasan yang tipikal adalah ia membabitkan dua syarikat berbeza - satu dari Amerika dan satu lagi dari Britain. Namun sejak 1930, Amerika, menerusi melalui FDA mengharamkan penggunaan teknik khas dalam penyediaan vaksin (adjuvant in vaccine) yang bertindak meningkatkan sistem imun sekali gus membolehkan seseorang itu tidak perlu mendapat suntikan susulan dalam tempoh yang singkat. Cervarix hanya mencegah dua strain atau jenis HPV - jenis 16 dan 18 (sedangkan ada 100 jenis HPV dengan 13 dikaitkan sebagai punca barah). Gardasil pula mencegah jenis 16 dan 18 dan dua lagi jenis yang menyebabkan ketuat kelamin. Selain itu, walaupun vaksin mencegah HPV disuntik, kelengkapan makmal untuk ujian lumuran pap juga harus disediakan. Ini kerana walaupun mendapat suntikan pelalian namun setiap wanita masih perlu melakukan ujian lumuran pap setiap tahun. Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melancarkan subsidi pemeriksaan pelvik bagi mereka yang kurang berkemampuan. Namun, masalah sebenarnya bukan subsidi tetapi lokasi yang menyediakan ujian itu. Di luar Kuala Lumpur misalnya, cuma ada 15 klinik yang berdaftar dengan kementerian untuk melakukan ujian lumuran pap dan bukan semua klinik desa menyediakan perkhidmatan itu. Kemudahan ujian lumuran pap hanya tertumpu di bandar besar dan jika di hospital kerajaan, dikatakan membabitkan karenah birokrasi apabila individu itu perlu menunggu berbulan-bulan lamanya bagi melakukan ujian selepas membuat temujanji. Jadi, adakah kesukaran melakukan pap smear itu menjadikan vaksin sebagai pilihan yang terbaik? Jawapannya tidak. Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata pemberian vaksin mencegah HPV bukan bermaksud ia melindungi seseorang itu 100 peratus. "Walaupun ada vaksin tetapi setiap orang perlu menjalani pap smear mengikut jadual dan mengekalkan cara hidup sihat. Walaupun ada vaksin tetapi masih mengamal-amalkan gaya hidup bertukar pasangan ia masih boleh menyebabkan barah pangkal rahim," katanya. Kemujaraban vaksin melindung 70 peratus kemungkinan diserang barah pangkal rahim tetapi masih ada ruang 30 peratus untuk barah terjadi. "Memang di Britain misalnya ada laporan kematian dan kecacatan kecil yang dikaitkan dengan pelalian HPV, tetapi setakat ini semua laporan perubatan menafikan kaitannya dengan suntikan," katanya. "Dunia perubatan ini mudah dan telus. Ia berdasarkan fakta dan bukti. Kalau benar ia menyebabkan banyak komplikasi dan laporan itu diterbitkan dalam jurnal perubatan, dengan sendirinya produk itu akan dikeluarkan dari pasaran," katanya. Jelasnya, walaupun setakat ini hanya ada dua syarikat pengeluar vaksin itu, tidak lama lagi selepas luputnya paten harta intelek akan banyak ubat-ubat generik muncul dan memberi pilihan kepada pengguna dengan harga yang jauh lebih murah. "Keberkesanan sebenar ubat-ubatan akan mengambil masa berpuluh tahun untuk mengetahui kemujarabannya. Adakah kita perlu menunggu selama itu? Tentulah tidak. Perkiraan yang dibuat adalah berdasarkan beban ekonomi yang perlu ditanggung dengan statistik pesakit barah pangkal rahim di Malaysia," katanya. Prof Abdul Rashid, pemberian vaksin mencegah HPV adalah pilihan terbaik kerana bukan semua wanita mahu melakukan ujian lumuran pap atas dasar malu dan akses yang terhad terutama di luar bandar. Namun, fakta yang lebih tepat walaupun sudah mendapat suntikan vaksin, ujian lumuran pap masih perlu dilakukan. Jadi bukankah meningkatkan prasarana ujian lumuran pap di seluruh negara dan meningkatkan kesedaran tentang HPV dan barah pangkal rahim adalah jalan pertama yang perlu dibuat kerajaan sebelum memilih program pelalian mencegah HPV? FAKTA: Barah pangkal rahim
Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.
Daripada jumlah itu hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim - ujian lumuran pap.
Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara.
Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.Mengenali barah pangkal rahim
Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV).
Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.
Pangkal rahim juga menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindung janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.
Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel.
Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.
HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan wanita dan ada lebih 100 jenis HPV.
Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV itu sekali dalam hidupnya. Manakala jenis HPV yang lebih berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim.
HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian lumuran pap sangat disarankan.Faktor dijangkiti HPV.
Tidak melakukan rutin ujian lumuran pap
Sistem tubuh yang lemah
Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas).
Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan lelaki yang banyak pasangan seks.
Merokok
Komplikasi penggunaan pil perancang dalam masa yang panjang
SEGALA APA PENYAKIT YANG ALLAH TURUN ADA PENAWARNYA.KEMBALI KEPADA ALLAH BERSAMA HERBA YANG DIKELUARKAN OLEH HPA

Jumaat, 9 Oktober 2009

MADU OH MADU....... BESTARI

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit didalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri,DAN MADU TELAH DIDOAKAN OLEH 70 NABI",....

oleh itu sahabat ku sekelian dapat kan madu terbaik dipasaran utk disajikan kepada keluarga kita yang tersayang.Jadikan madu makanan harian,dapatkan Madu Bestari dgn harga istemewa RM25.00.Sila hubungi saya untuk tempahan.019-4743767,FURQAN GEMILANG TRADING.

Selasa, 6 Oktober 2009

RCH MENU HEBAT

Radix Chichen House(RCH) salah satu cabang restoren HPA,yang menyajikan sate,ayam golek,ayam goreng,nasi ayam,sungguh sedap rasanya

Pekena 3 cucuk sate dah kenyang..
"Chop, zaidi... hangpa cepat sikit lapaq nie dari pagi tak makan lagi nie la dah pkul 4 ni,"sapa tok ayah(Pjs Sabri)
Makan dgn tangan la,baru sluupBaca doa dulu baru leh bedal,...kasi clear semua atas meja"celah Abg caq(Pjs Zaidi)

Few members from SP p pekena RCH di Kodiang...subhanallah.....allhamdullilah

Sabtu, 3 Oktober 2009

makanla..ikan..organik..pulak

sahabat

Janganle makan ikan keli,terutama dari kolam yng cina bela.......,kemungkinan besar menggunakan tahi babi,bangkai babi,silap-tak silap indahwater download 1 tank.
Tapi gambar atas bukan ikan keli tapi jenahak dalam sangkar.
Hari ini aku p tengok ternakan ikan dalaam kolam&sangkar,ternakan ikan di merbok,yg kebetulan kepunyaan member aku Dolah merin fisher

Gambar bawah view ternaakan ikan di kolam
betapa senang mamat nie tangkap ikan

Kolam ini buat ternakan ikan siakap saje,member tengah tangkap ikan


Nka p sangkar kena naik bot...Ada jugak member takut naik bot



makan kat pelantak ikan,sungguh menyelerakan,next time kita masak kat sini

Sesiapa nak bertahjud di pelantak ikan ni sila buat tempahan,pakej sekali dgn memancing,bayaran rm25 satu kepala

Ini pulak tengah tangkap ikan didalam sangkar

Khamis, 1 Oktober 2009

Teka Gambaq ini

Siapakah pemuda yg menutup muka digambar ini........!?


beliau suka bersala dan berserbanBeliau pernah sampai di masjid ini
Beliau pernah hadir di program ini........