Khamis, 31 Disember 2009

KasihSayang kpd Ibubapa.....

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Ahad, 27 Disember 2009

KePeribadian Rasulullah.....

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu...
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.Hampir keluar air mata saya apabila membaca kisah rasulullah ini…Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Halal kah Old Town White Coffee?....

"HALAL KE OLD TOWN WHITE COFFEE & Pak Hainan Kopitiam ni?" Wallahualam.Saya pun kurang pasti.Saya dapat artikel ini dari kawan..diforward dari org lain..saya tambah beberapa info yg saya jumpa (Old Town White Coffee tiada dalam HALAL Malaysia directory , sijil Halal Jabatan agama islam perak untuk Old Town White Coffee).Untuk maklumat lanjut sila baca emel ini sepenuhnya. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:- -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan) .klu tgk di pasaraya Nissin mee ni terang2 diletakkan ni NON halal food area.
Nissin Noodles Non Halal (at supermarket)Nissin Noodle on Old Town White Coffee MenuNissin Noodle on "Pak Hainan Kopitiam" Menu-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.Untuk pegetahuan saudara/saudari sijil HALAL Jabatan Agama Islam Perak dikeluarkan hanya untuk beberapa produk Old Town White Coffe je (semuanya minuman)-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Classic-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Hazelnut-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Ice Cold-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 - Mild-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 - natural cane sugar-OLDTOWN WHITE COFFEE 3 in 1 Coffee and Creamer-OLDTOWN WHITE MILK TEA 3 in 1-Instant White Coffee-Chocolate Powder-Instant Tea-White Milk tea-Ice Blended Coffee-Ice Blended White Milk Tea-Hazelnut Flavor-Mocha PowderSelain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM TANPA KELULUSAN (sila semak di http://www.halal.gov.my/directory/ - tiada rekod sijil halal dikeluarkan oleh jakim untuk Old town white coffe). Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.Old Town White Coffee Using JAKIM HALAL Malaysia Sign without permitSelain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat(boleh semak di sini http://www.halal.gov.my/aduan_siar.php - dah ada aduan tetapi tindakan masih juga belum diambil). Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' menggunakan logo halal jakim sesuka hati?Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM.Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:--WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,- NEWTOWN Kopitiam-WHITE HOUSE Kopitiam-PAK HAINAN Kopitiam-JOM BALI Kopitiamadalah 'TIDAK HALAL'To check Halal product listing please go to: http://www.halal.gov.my/directory/KALAU BETUL TIDAK HALAL kenapa masih belum ada tindakan diambil oleh JAKIM atau mana2 badan yang berkenaan? sedangkan premis boleh menggunakan simbol Halal sewenang-wenangkan di banner dan pintu masuk..Kalau BETUL HALAL , kenapa tiada sijil yang dikeluarkan untuk premis ni??

Sabtu, 26 Disember 2009

MB Kedah rasmi Pusat Pembenihan&Penyelidikan Tanaman Kurma


Antara tenaga pengerak dalam Mesco yang menerajui program Kurma di Kedah Hj Rusdi,En Wahab,En Anuar


Sahabat saya menerangkan program @project Kurma yang akan mengamit usahawan baru masa akan datang,di masjis Perasmian yang di Rasmikan oleh MB Kedah

Ditapak perasmian Di Semeling Sg Petani
Hj Rusdi sedang mendengar Nasihat terus dari MB Kedah

MB Kedah dan Exco are very low profile and very kind during thier official visit

Aku pun ambil kesempatan bergambar dgn MB Kedah.MB Kedah ada menyata insyaallah Kurma bakal menjadikan industrian pertanian negeri Kedah yang hebat di masa hadapan.
Insyaallah dimana ada usaha di situ ada hasil akan dituai.

Anak2 meriahkan program mewarna D RFC

7.30am dah buka pendaftaran utk anak2 menyertai peraduan mewarna.Buat pertama kali program ini dianjurkan di RFC Laguna Merbok
anak2 yg dah daftar akan mendapat kupon sarapan pagi....apa lagi kena beratur la nak dapat makanan.

Org lama turun padang membantu menyegerakan penyajian makanan kepada anak2 yang menyertai program mewarna.Tahniah kepada staff RFC bertungkus lumus bagi memastikan program yang diaturkan berjalan lancar.

Anak2 katogeri 5~8 tahun sudah bersedia utk memulakan peraduan mewarna


Ini pula peserta katogeri lelaki 9~12 tahun sedang tekun dalam peraduan mewarna tapi yang sedihnya.....
pemenang utama semuanya di bolot oleh adik adik perempuan
Tak pe lah tahun depan usaha lagi.....jgn putus asa.
Yang penting kita mengerat silaturahim dan mengembangkan semangat setiakawan HPA

Ahad, 20 Disember 2009

Gulai House-mai kena Ikan Bakar


BerOperasi lot baru di Bandar Laguna Merrbok,kita akan saji kan menu ikan bakar & gulai.Tauke melayu la....nama Jaafar dulu jadi chef kat langkawi,la try buat sendiri modal sendiri,risiko sendiri....tawakal pd Allah pd rezeki yang dijanjikan
Lepas makan boleh pekena ayaq(air) Radix Sejuk,Panas,berkarbonat @ mineral
Insya Allah peti sejuk akan di penuhi oleh minuman Halallantoiyibah, Ya Allah
Ya Rabulalimin,Kami bertawakal pd Mu,Jika rezeki Kami masih di Langit,Kau turunkan lah,Ya Allah, Jika rezeki Kami masih berada didalam bumi,Kau keluarkannya Ya ALAH.......
Berkati usaha kami ini

Kuliah Subuh bersama Dato'Harun Din

Pagi 3 Muharam 20hb dec,setelah solat subuh berjemaah yg diImam kan oleh Dato'Harun Din.Wajah yg tenang memulakan kuliah.


Wajah serious melontarkan isu sosial yg meruntuhkan akhlak pemuda -pemudi Islam bangsa melayu jika tidak kembali secara total pd Islam
walau kepenatan selepas kuliah beliau tidak menghampakan hajat seorg jemaah utk minta air penawar,maka beliau minta semua jemaah yg hadir bersama berdoa.
Ya Allah berkatilah usaha kami.

Sabtu, 19 Disember 2009

Ceramah Maal Hijrah di Surau Laguna

Penceramah yang di undang ialah YBhg Dato' Hassan Din Al Hafiz,
Dato' sedang memberi hujah 3 perkara tentang Hijrah 1.Tentang Tahun hijrah Umat Islam sepatutnya menyambutnya,2.Menggunakan tarikh,bulan Islam dalam kalender,3.Hijrah Kenapa mengapa Nabi berhijrah

Jemaah sedang khusus mendengar penjelasan yang disampaikan."dalam kotak pemikiran Jemaah mesti sedang memikirkan cara mendidik manusia menjadi NAS atau IHSAN

Majlis di Pengerusikan oleh Tn Hj Halim.yang pandai bermadah menyusun kata-kata bagi menceria Jemaah yang hadir.

Selesai program AJK surau Bawa Dato'menikmati juadah di ROC Radix Orent.cruise.Pesan Dato' kejayaan sesebuah Restoran bukan teletak pd 'pelaris' tetapi kepada recepinya iaitu Masakan yang sedap,Tempat yang bersih,Cepat & mesra pelanggan
Sahabat sedang menjamu selera
sebelum balik kami mengambil gambar kenangan bersama didepan ROC
Semoga Allah mengatur pertemuan dilain waktu....

Jumaat, 11 Disember 2009

Radix mai secawan

pelbagai jenama kopi mutakhir ni,jika di lihat kopi di kedai ini lebih kurang 20 papan pelbagai citarasa.
Aku bertanya pada touke kedai kenapa tak gantung radix,terus menjawab,kami tak guna radix papan tapi mengguna kan RAdix pek Jambo,kerna takut mengambil yg tiruan dan harga murah.
Macamana dgn sales radix dikedai ni? Alhamdullillah tetap NO.1.
Yang lain lu fikir la sendiri.......

Khamis, 10 Disember 2009

Keajaiban Kalam Allah

Walu pun Naskah Al Quran dimakan Anai anai tapi tulisan (kalam) nya tidak diusik oleh anai anai.AlQuran tersimpan lebih puluhan tahun dalam kotak,(lihat lah gambar diatas)
Sudah terbukti lagi didunia ini AlQuran Bukan saja kalam Allah bah kan memberi syafaat kpd kita di akhirat itu nanti,
kpd org yang menjaganya,menmbacanya,mengamalkan.......
Ya Allah beri aku kekuatan untuk membina Maahad Tahfiz bukan untuk bisnes tapi melahirkaan generasi hufaz AlQuran

Rabu, 9 Disember 2009

Kalu kaki nombor ekor....


Kalau dah kaki judi, kaki judi juga. Bila dah kena tangkap macam-macam alasan yang keluar. Masa kena tangkap, bergelut nak melepaskan diri. Bila dah tak dapat lari, banyak pula alasan pada penguatkuasa. Kalau tak salah, mengapa cuba nak lari ? Menyerah sajalah dan buat penjelasan, kalau tak salah.
"Saya kerja hantar tong gas, saya nak hantar gas, bukan nak beli nombor ekor". Alasan orang tu.
Lelaki ni memanglah kerja hantar gas. Waktu kena tangkap, tong gas dia atas moto depan kedai nombor. Kedai judi tu bukan restoran nak hantar gas. Kalau yer pun, buatlah alasan yang logik sikit. Akhirnya tertangkap juga. Mungkin orang ni panik dan tak sedar yang alasan dia memang tak masuk akal. Kesian betul dia, kerana itu sajalah alasan yang dia mampu beri.

Pandu cepat Jiwa Selamat...

Segelintir pemandu kereta kat Malaysia ni memang bangang...once again...memang BANGANG.. kalau dah rasa nak mampus cepat tu, silakan langgar peraturan jalanraya yang ada...takde la nak menyusahkan orang lain dengan perangai "selfish" serta bangang yang ada kat diri tu...Semalam on da way jumpa kawan, kereta yang dipandu oleh aku hampir-hampir kemalangan akibat pemandu bangang yang keluar dari simpang jalan tanpa menoleh sama ada kereta ada ke tak...ni tidak terus keluar je dari simpang tu...nasib baik aku sempat brek..kalau tak dengan aku dgn geng sekali masuk hospital...aku tak pasti pemandu kereta yang bangang tu lelaki ke pompuan sebab suasana time tu agak gelap...peristiwa berlaku berhampiran bangunan NSTP...memang kena sumpah seranah la si bangang tu ngan aku semalam....Ntah kat sekolah memandu mana la dia amik lesen tu...ntah-ntah lesen terbang...huh..Satu lagi perangai segelintir pemandu BANGANG kat Malaysia ni yang paling aku menyampah adalah potong Q dan masuk lorong kecemasan, bawak kereta slow kat lorong laju, dan masuk lorong tak bagi signal....no wonder la kat Malaysia ni statistik kemalangan jalanraya memang tak pernah turun....agaknya bila kat luar kereta perangai lain, bila dalam kereta perangai lain..Jadilah pemandu yang berhemah...

Ahad, 6 Disember 2009

KPU lancar Liga Futsal Tahunan

team sedang dengar taklimat perlawanan dan Perasmian Kejohanan

Urusetia menenyampaikan
amanat perlawanan yangdiketuai Ust Zahir,Abg Hyzaad,Pak Su Zamri dan Prof.Ishak Sulaiman selaku Merasmi Kejohanan mewakili Tuan Pengarah Urusan HPA





Buat pertama kali hari ni Liga Futsal KPU Piala Pengarah Urusan HPA
selain riadah dapt juga mengerat silaturahim

Tahun ni Juara Komuniti Lagkawi,Tahun depan Kom.Sg Petani A akan bangkit kembali menjuarai

Tamrin pemangkin semangat











Wujud perjuang terkini utk berjuang sampai akhir hayat.wahdah perjuang perlu mencari supaya tidak tercari cari mcamana nak berjuang
PAS Laguna Merbok berkumpul mencari semangat juang baru bagi motavasi diri utk dilaksanakan masa akan datang.
Islam Memimpin Ummah.



Jumaat, 4 Disember 2009

Nikmati ikan segar di? HPA


Sahabatku sekelian,nikmati lah ikan segar di semua restoren HPA,Ikan yang bela & disiang oleh org Islam,yang penting sekali ikan ini,tidak diawetkan dgn awet mayat.
Pergilah ke Restoren HPA,nikmatilah kesegaran ikan.,nikmat masakan chef HPA

Sabtu, 21 November 2009

Mana Peka yg org BERKuatKuasa

CAP melaporkan minuman ringan berprisa arak menjadi kegemaran remaja terutama Melayu.Macammana pengeluar dapat sijil untuk mengeluar&mengedar produk ini.!?sekarang nk salahkan siapa? ibubapa...pembeli...penjual...atau pihak yang berkuasa untuk......
wahai ibubapa diluar sana tolong ambil berat tentang perkara ni.Pastikn anak anda tidak membli minuman ringan berprisa arak yang mengandungi akhohol 5.5%......
Patut hati emaja sekarang susah dibentuk.....?

Jumaat, 20 November 2009

Susah Kalu tak ikhlas

Seorang tok guru didatangi tetamu, dengan hormat dia meminta nasihat dan pandangan tentang rumah tangganya yang hampir runtuh. Tok guru itu dengan tenang mengungkai masalah tetamu itu dan seterusnya memberi pilihan beberapa tindakan untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia yang puas hati segera pulang dengan membawa harapan besar.Tiga bulan kemudian tetamu tersebut datang semula kepada tok guru berkenaan bersama isterinya. Melihat keadaan itu tok guru itu bertanya, apakah ada masalah lagi yang boleh dibantu. Dengan senang hati dia berkata, alhamdulillah kami bahagia malah isteri saya sedang mengandung anak saya. Saya datang nak ucap terima kasih kepada tok guru. Dan sebagai tanda terima kasih, ini cek bernilai RM5,000 untuk tok guru.
Dalam kisah yang lain, seorang Pegawai Daerah yang agak berpengaruh di daerah itu didatangi tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut adalah ahli perniagan yang sangat rapat dengan pegawai daerah itu. Kebetulan penjawat itu amat arif tentang gerak kerja bisnes ahli perniagaan itu.Tetamu itu ingin membuka syarikat sembelihan dan proses ayam segar di kawasan itu. Dia mahu mendapat sokongan pewagai daerah kerana lazimnya sokongannya itu dinilai sebagai benar oleh pihak kerajaan. Oleh kerana menghormati kenalan, walaupun dia tahu tetamu itu tidak mencukupi syarat, dia sokong juga.Tiga bulan kemudian, tetamu itu datang lagi bertemu pegawai daerah itu. Kali ini dia datang dengan membawa cek bernilai RM 5,000, katanya terima kasih atas sokongan, permohonan itu sudah diluluskan.
Satu kisah lagi seorang Pengarah Projek didatangi oleh seorang tetamu dari luar kawasan, mereka berdua tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Dia membuat pertemuan itu dengan penuh pengharapan iaitu satu permohonan untuk membeli rumah di situ. Kebetulan pula rumah di situ menjadi rebutan, tetapi diutamakan kepada orang tempatan.Dalam pertemuan itu tetamu tersebut merayu kepadanya agar dipertimbangkan permohonan itu. Namun dia dengan tegas berkata, saya boleh bawa perkara ini ke atas tetapi saya tidak jamin kerana ramai yang memohon, lagi pun kita akan utamakan orang tempatan. Awak bukan tinggal di sini.Keesokan harinya sewaktu di rumah dia menerima cek bernilai RM 5,000 daripada tetamu semalam dengan ucapan terima kasih kerana melayan permohonannya semalam.
Berdasarkan tiga kisah di atas, manakah yang dikatakan hadiah dan mana pula yang dikatakan rasuah? Walaupun kisah itu bukan benar, namun kita boleh melihatnya sebagai contoh kes yang boleh kita renungkan secara serius. Ya, kes yang pertama ada hadiah, tetapi kes kedua dan ketiga adalah rasuah.Sebenarnya, perbezaan yang jauh ini amat dekat dalam kehidupan kita. Jadi berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam kancah yang hina itu, dan berhati-hati juga supaya kita tidak dengan cepat menuduh orang itu dan ini melakukan atau menerima rasuah. Ingatlah kesilapan kita membuat perkiraan, sebenarnya sebahagian kaki kita sudah berada dalam neraka

Sabtu, 14 November 2009

Jangan Buat.....kan dah.....


Salim (bukan nama sebenar) dan Siti (bukan nama sebenar) hadir ke pejabat Agama Kluang untuk proses nikah. Waktu permohonan nikah, Siti sedang mengandung luar nikah, kandungannya berusia 5 bulan. Salim dan Siti telah dibawa ke Bahagian penguatkuasa JAIJ untuk sissatan lanjut.

Salim berumur 20 bekerja sebagai pekerja am, pendapatan sebulan lebih kurang RM 300 sebulan, manakala Siti juga berumur 20 tahun, tidak bekerja. Mereka sudah berkenalan sejak setahun lalu, mula berkenalan di Simpang Renggam. Mulanya sebagai kawan biasa, akhirnya semakin intim sehingga mendorong mereka membuat hubungan sex.

Menurut pasangan ini, mereka terlanjur melakukan hubungan sex sebanyak 4 kali. Kali pertama, melakukan di rumah Siti di Simpang Renggam sewaktu orang lain tiada di rumah. Kali terakhir melakukan hubungan sex di rumah Salim di Kluang sewaktu tiada orang lain di rumah. Bila sedar sudah mengandung, mereka mengambil keputusan berkahwin. Kedua-dua belah keluarga merestui kerana tidak mahu menanggung malu.

Penguatkuasa telah membawa Siti ke Klinik Kesihatan Mengkibol, Kluang dan doktor mengesahkannya mengandung 5 bulan. Kemudian, membawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Kisah ini adalah catatan perbicaraan . Kisah ini berlaku pada tahun 2007. SEKIAN.
Begini nasib org Melayu,benda yang dilarang paling menjadi-jadi nak buat.

Selasa, 10 November 2009

Allah memudahkan Tugasan ini....Amin


alhamdulillah hari ini dapat settle delivery Furqan Rehal 71' ke Yayasan An Nahdhoh.Syukur pd Allah mempermudahkan segala usaha aku&Rusdy selama ini.
Next project is moveable Rehal fliptop

Selasa, 3 November 2009

Mai la Gosok Gigi

Produk terbaru dipasaran setiap cawangan HPA,dapatkan segera Ubat GIGI Miswak yan mengandungi kayu sugi harga 4~5 ringgit shj ,berat 100gr

Tarikh PBC..........JOM JOINT!


salam Sahabat sesiapa yang berminat nak joint PBC atau nak hantar downline ke PBC sila buat perancangan awal,ayuh bersama kami merperjuangkan system ekonomi muslim
07 dan 08 NOVEMBER 2009
HSM Kepala Batas, SPU(RM180 ; Pengarah PJS Zanbli 019-4014013)

Kulim Inn, Kulim Kedah(RM180; Pengarah PJ Puan Fatimah)

13 dan 14 NOVEMBER 2009
Hotel El Zahra SP(RM160; Pengarah PJS Razak Polis 019-5720102)

14 dan 15 NOVEMBER 2009
HSM Taiping PERAK(RM160; Pengarah PJ Sazali)

20 dan 21 NOVEMBER 2009
Pantai Merdeka Resort(RM160; Pengarah PJS Nor Hyzad 019-4101737)
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat,gambaran dibawah adalah suasana perserta yang mengikuti program PBC 2hari 1 malam di setiap program


Isnin, 2 November 2009

FurQan RehaL MFC


Salam Sahabat yang dirahmati Allah,Ini adalah product terbaru FurQan Gemilang Trading,Rehal atau meja moveble type.

Nama Produk:FurQan Rehal 25" MFC
Ini Rehal pelbagai guna,mudah, rapi senang dibawa kemana-mana program-boleh dikata multifunction.Harga dipasaran RM 41.99



Nama Produk:FurQan RehaL 71" MFC



Rehal Ini sesuai untuk disusun didalam kelas atau bilik kuliah.Ia boleh dimuatkan 4 pelajar setaip satu rehal.Harga: RM 189.99



Nama Produk:FurQan RehaL 25"

Rehal ini sesuai untuk Guru @ Ustaz semasa mengajar di Kelas,Masjid & Surau

Harga:RM 59.99


Untuk sebarang tempahan boleh terus dibuat ke nombor 019 4743767


Wakil Pengedar di seluruh Malaysia di Perlukan