Khamis, 25 Disember 2008

Penutup Program Kem Hafazan

Bermula 24/11 Kem hafazan diadakan bagi melahirkan celik& cinta serta hafaz AlQuran yang diAnjurkan oleh Surau Andalusia Laguna Merbuk.Alhamdulillah 25/12 berakhir kem hafazan, majlis sederhana tapi penuh kesedaran menghiasi program penutup.
Sebahagian AJK berbincang sebelum majlis bermula.Maklumlah saat akhir ada pindaan.Muafakat membawa berkat.

Sebahagian pelajar menerima hadiah kategori masing-masing di majlis penutup.


Sebahagian pelajar perempuan membuat persembahan nasyid bagi menyerikan majlis tersebut.


Pelajar lelaki juga tidak ketinggalan menyampaikan nasyid.InsyaAllah bakal lahir pula kumpulan nasyid.saksikan video klip ini.
InsyaAllah semoga kem Hafazan terus manjadikan agenda penting dalam program tahunan di Surau Laguna malah dapat melahir anak khariah yang cinta & berakhlak AlQuran.Amin.

Isnin, 22 Disember 2008

Jadual PBC


PBC di bulan Januari '09

10&11 dan 23&24 di Hotel Swiss Inn Sg Petani,

10&11 Naza Hotel Tjg Tokong.
24&25 Hotel Nasmir,Juru

17&18 di hotel Hill City,Ipoh

24&25 di Rumah Rehat Grik

24&25 di Hotel DePalma Ampang.

Sila buat perancangan setiap program yang diadakan.Kesibukan adalah titik penghalang sebuah Kejayaan.

Cari Calon Sejati

Para sahabat Hpa,Tolong bantu saya cari calon Untuk Ustaz Subhi Orang yang paling aktif setiap program PBC di Sg Petani.sila layari laman blog beliau subhis.blogspot utk lebih mengenali

Ahad, 21 Disember 2008

PBC terbaik menutup tirai 2008 di SP

Alhamdulillah,bersua kembali, lama saya tak dapat menulis kerna server saya ada problem.
Semalam telah berlabuhnya tirai PBC di SP 2008.Cukup hebat dan setia teman sperjuangan masih menebal. Berlangsung 20&21 yangdisertai 126 perserta. Pengarah program PJS Noor Hayzaad sedang memberi taklimat kepada FC terlibat pada PBC kali ini.Persefahaman & strategi yang diterangkan oleh Pengarah Program supaya PBC kali ini lebih berkesan dihati perserta.
Latihan Dalam Kumpulan(LDK)sangat penting utk perserta supaya lebih yakin pada diri utk berjuang di medan yang sebenar.Ustaz Zaidon sedang menerangkan tugasan Kumpulan dan matlamat perserta di PBC.Alhamdulillah kumpulan Herba Tuju Angin telah berjaya menjadi Johan Persembahan terbaik Kumpulan,kerna komited dalam kumpulan.InsyaAlah berjaya di medan tempur sebenarnya.

PJS Zamri(PakSu)sedang mendengar pandangan dari ahli kumpulan Minyak But But(LDK),itulah unik nya walaupun ahli baru dalam HPA di PBC idea yang baik tetap diambil kira.

PBC kali ini juga disertai oleh Ust Uda Kassaim Panel Al-Khuliyah TV3.Dikesempatan itu Slot Kuliah Subuh telah disampai oleh beliau.Itulah hebat PBC kali ini perserta di beri ruang untuk bersama menjayakan segmen yang telah disediakan.

Slot Halal&Haram Produk telah disampaikan hari Ke 2 oleh Ustaz Zahir Ghazali,yang cukup memberi kesan yang mendalam kepada perserta.Ramai perserta teruja dengan amanat yang di sampai oleh Ustaz dalam slot ini.
Majlis penutup juga telah disempurnakan oleh Ustaz Zahir.
SELAMAT DATANG TAHUN 2009.ALLAH SENTIASA MEMBANTU.



Khamis, 11 Disember 2008

Indahnya muka Berseri

senyuman ikhlas penyeri wajah........................................................'
Abu Yazid Al-Busthami adalah seorang ahli sufi,dikunjungi seorang lelakiyang wajahnya murung dan kening selalu berkerut.


Lelaki itu mengadu :"Tuan sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadah pada Allah.Orang lain sudah lelap,saya masih bermunaajat.Isteri saya belum bangun,saya sudah mengaji.Saya bukan jenis pemalas yang enggan mencari rezeki.Tetapi mengapa saya selalu malang & kehidupan penuh kesulitan."

Abu Yazid menjawab sederhana,"Perbaikilah penampilanmu.Ubahlah roman mukamu.Kau tahu,Rasulullah adalah manusia paling miskin,namun wajahnya selalu ceria & tak pernah keruh,Sebab kata Rasulullah,salahsatu penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka yang membuat orang yang curiga padanya."

Mulai hari itu wajah lelaki tersebut senantiasa berseri,Setiap kali kesedihan diterima dgn sabar,tanpa mengeluh,Sikapnya mula ramah,wajahnya senantiasa menguntumkan senyuman persahabatan.Bah kan Rasulullah menegaskan,senyum adalah sedekah paling murah tapi paling besar pahalanya.

Rabu, 10 Disember 2008

Bangga dpt ayam halal

RFC satu family p pekena.....................................
Lunch dgn mak & abah yang baru sampai dari Lenggong,aku bawa depa p makan d RFC.Dah lama aku ajak mai Sg Petani,tapi dgn keizinan Allah dapat kami bersama dan menjamu selera di sini.Mak & Abah makan dgn nikmatnya.
Ya Allah perbanyakkan rezeki umat islam dan pembinaan restoran islam seperti ini di Malaysia ini.Amin

Selasa, 9 Disember 2008

Indahnya Ibadah korban

Suasana majlis Korban di Laguna Merbok Sg Petani
Indah Ibadah Korban












Ikhlas,kerjasama dimana jua berada di atas nama agama Islam pasti wujud bagi memastikan ibadah korban berjalan lancar.



Indahnya ibadah korban dilakukan ikhlas kerna Allah
Begini lah suasana korban di kampungku Kota Tampan Lenggong.
Pekerja mahir sedang melapah lembu korban,hanya mengambil masa 10 minit


sedang mengagih daging korban,muafakat &kerjasama
sentiasa wujud tanpa paksaaan,Inilah namanya ikhlas dalam ibadah.



Jumaat, 5 Disember 2008

Indahnya PBC di Swiss Inn Sg Petani 5&6 Dec

Sedang berlangsung PBC anjuran KPU di Swiss Inn Sg Petani.Penyertaan seramai 140 orang.Pengarah Program oleh PJS En Razak Ibrahim.
Berbincang atur strategi,satu hati,adalah resepi kejayaan program yg dianjurkan KPU disetiap PBC.

sedang beri taklimat,info terkini pada PJS & FC oleh PJS Razak



Aktiviti kumpulan rancak mengatur strategi bg membina ukhwah & teman sejati dalam perjuangan.

Jangan Lupa PBC pada 20&21 dec akan datang.

Kem Hafazan di Surau Laguna

Salahsatu kumpulan hafazan sedang diterangkan teknik hafazan oleh mualim. Kem Hafazan sempena cuti sekolah di surau Laguna Merbuk yang di anjurkan Ajk Surau.Penyertaan seramai 75 orang oleh anak anak khariah.Demi untuk melahir anak khariah cinta &hafaz AlQuran,

Rabu, 3 Disember 2008

Ilmu cemerlang orang berfikiran positif

Sikap-sikap dan sifat-sifat cemerlang orang-orang yang positif:-

1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin - apabila terkena api, hancur lebur; apabila terketuk oleh cabaran, berkecai.
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir. Kita juga berharap Datuk Seri Abdullah boleh bertindak seperti gam "exhaust pipe".

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Ia telah gunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan sedangkan orang lain lebih melihat halangan dalam kegawatan.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, "Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh".
Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi. Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! Untuk penjelasan sila klik di sini.
4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia".
Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.
Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis. Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu terus menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, Presiden Suharto (Indonesia) yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan.
Inilah juga yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin di negara kita sekarang ini. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan fikiran. Jika ini dapat diamalkan, insyaAllah rakyat akan merasa sentiasa terbela. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas. Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin (wakil rakyat).

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan.
"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut." Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.