Jumaat, 30 Oktober 2009

Jangan Bagi Muslimat MARAH!

NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah menggelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis.
Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000).
Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.
“Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu.
“Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya.
Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa. - AP

Ucapan Selamat HariRaya bg Raya Hindu...


Ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir...bolehkah kita wish hapy depavali atau pun marry crismas?

Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam.

Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?"

Nabi saw menjawab :صلي أمك" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.


Nabi saw bersabda:اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)


FATWA DR YUSUF AL-QARDAWIBerdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam.


Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah.Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh Syeikh Sobuni dan Fi Feqhil Aqalliyyat al-Muslimah oleh Dr Yusuf Qardawi.

Khamis, 29 Oktober 2009

Kenapa Baca..... kalau tak faham

ditulis oleh seorng ustaz musafir:
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniruperbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” .
Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu..
Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah?
Cuba kau tengok bakul tu”.Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah.
Kerja Allah”Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam
Ya Allah,aku bermohon supaya anak-anak serta keturunanku membaca & memahami Al Quran.

Rabu, 28 Oktober 2009

Peristiwa Memali Jgn salah Cetak & siar

MB Kedah mennyarankan Biar Penduduk Memali ambil tindakkan Mahkamah Pada pihak Akbar Kosmo setelah diberi tempoh 2~3 hari jika tidak memohon maaf secara terbuka.
Jangan samakan Peristiwa Memali sebagai ajaran sesat pergi siasat sendiri dgn prnduduk di Kampong Memali,tegas MB Kedah.Perisitiwa diambil pendekatan setelah Dewan Pemuda Pas Kedah berkumpul menyerahkan memorendom supaya Pihak Kosmo menarik balik penulisan tentang Ibrahim Libya dan Kampung Memali.
(AlFatehah-gambar diatas diambil selepas peritiwa berdarah,gambar pejuang menegakka kebenaran Islam)

Jumaat, 23 Oktober 2009

NUR ISLAM?

Sahabatku sekelian,ini merupakan wajah perjuang Islam tapi mempunyai misi yang cukup berbeza.......?Gambaran di atas dirakam selepas ustaz Fahzlan(berjubah Hitam) selesai memberi ceramah/Kuliah Subuh di Surau di Laguna Merbok,Siapa Itu Ust Fahzlan?
Beliau merupakan Pendakwah yang datang dari Indonesia atas Jemputan Pengarah HPA Tn Haji Ismail Ahmad,Ust Fahzlan merupakan pendakwah yang mengislamkan satu kaum atau satu pulau di Irianjaya.sebelum kedatangan Nur Islam, kepulauan itu diduduki oleh org ASLI, kepulauan yang mana kehidupannya tidak berpakaian,lemak babi dijadikan perhiasan diri(makeup),ternakan babi asas utama,tapi setelah kedatangan Islam semua itu berubah,setelah hampir 3 tahun berdakwah di kepulauan itu,dulu tidak berpakaian,tidak mandi,bila NurIslam itu datang kesucian,kehormatan terpelihara,jika dulu ternak babi sekarang ternak kambing.Atas kesedaran & pejuangan yang dijalankan oleh Ust Fahzlan, Hamballah dari Malaysia telah menginfakkan Kapal(bukan bot/perahu) untuk memudahkan urusan berdakwah dan membawa bekalan asasi ke pulau-pulau di situ.
Ini pula hamballah yang sudah mendapat NUR ISLAM tetapi menjadi ketua untuk memesongkan akhidah umat Islam di Malaysia.Siapa yang tak kenal Kahar Ahmad, mengaku Rasul Melayu terakhir,beliau berjaya memesong akhidah umat Islam bukan setakat org miskin,org kaya tapi org golongan elit pun ikut.wanazubilla!! Kami berlindung pd mu Ya Allah.Beliau ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor dikediamannya ketika bersarapan pagi dibulan puasa..?telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun denda rm16,000.tetapi macamana dgn pengikutnya???macamana dgn keislaman yang dipegang Kahar...??Kenapa beliau tidak dihumban kedalam ISA atau dijatuh hukuman BUNUH atau bahasa lembut hukum mati.
YA ALLAH PERCEPATKAN HUKUM HUDUD TERLAKSANA DIMALAYSIA.WUJUD undang-undang Murtad
Pelik??!!!Org murtad hanya didenda,........................senyum manco Kahar(berapa ramai pengikutnya memberi sumbangan)
Pd zaman Rasullullah dan Khalifah Islam org murtad ia diperangi dan dibunuh.

Selasa, 20 Oktober 2009

Solat Tiang Agama

Walau pun susah pada awal memeluk Islam itu tidak menghalang Mualaf ini untuk melaksana kan solat
Nama Shak Kirit membangkitkan saudara baru untuk memeluk Islam,menjiwai Islam sepenuh Hati.Kita nie yang mengaku Islam dr lahir nie macamana........!sembahyang ke solat..?
Ayuh lah sahabat ku di Johor dan dimana sahaje,ayuh kita mengerjakan solat,kerna solat itu Tiang Agama.Dah berpuluh tahun hidup,dah beranak pinak,mula kan dari sekarang.Change your life before life live you.
SUMBER *** 17,000 PELAJAR DINEGERI KEDAH TIDAK SOLAT BAGIMANA DI NEGERI LAIN?......

19 tahun memerintah dgn Adil & Aman


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan YB Tok Guru.Islam memimpin Ummah.Ya Allah!,hancurkan pengkhianat di sekeliling beliau supaya beliau dapat mengatur strategi dgn baik,demi menjaga kedaulatan Islam.