Khamis, 25 Disember 2008

Penutup Program Kem Hafazan

Bermula 24/11 Kem hafazan diadakan bagi melahirkan celik& cinta serta hafaz AlQuran yang diAnjurkan oleh Surau Andalusia Laguna Merbuk.Alhamdulillah 25/12 berakhir kem hafazan, majlis sederhana tapi penuh kesedaran menghiasi program penutup.
Sebahagian AJK berbincang sebelum majlis bermula.Maklumlah saat akhir ada pindaan.Muafakat membawa berkat.

Sebahagian pelajar menerima hadiah kategori masing-masing di majlis penutup.


Sebahagian pelajar perempuan membuat persembahan nasyid bagi menyerikan majlis tersebut.


Pelajar lelaki juga tidak ketinggalan menyampaikan nasyid.InsyaAllah bakal lahir pula kumpulan nasyid.saksikan video klip ini.
InsyaAllah semoga kem Hafazan terus manjadikan agenda penting dalam program tahunan di Surau Laguna malah dapat melahir anak khariah yang cinta & berakhlak AlQuran.Amin.

Isnin, 22 Disember 2008

Jadual PBC


PBC di bulan Januari '09

10&11 dan 23&24 di Hotel Swiss Inn Sg Petani,

10&11 Naza Hotel Tjg Tokong.
24&25 Hotel Nasmir,Juru

17&18 di hotel Hill City,Ipoh

24&25 di Rumah Rehat Grik

24&25 di Hotel DePalma Ampang.

Sila buat perancangan setiap program yang diadakan.Kesibukan adalah titik penghalang sebuah Kejayaan.

Cari Calon Sejati

Para sahabat Hpa,Tolong bantu saya cari calon Untuk Ustaz Subhi Orang yang paling aktif setiap program PBC di Sg Petani.sila layari laman blog beliau subhis.blogspot utk lebih mengenali

Ahad, 21 Disember 2008

PBC terbaik menutup tirai 2008 di SP

Alhamdulillah,bersua kembali, lama saya tak dapat menulis kerna server saya ada problem.
Semalam telah berlabuhnya tirai PBC di SP 2008.Cukup hebat dan setia teman sperjuangan masih menebal. Berlangsung 20&21 yangdisertai 126 perserta. Pengarah program PJS Noor Hayzaad sedang memberi taklimat kepada FC terlibat pada PBC kali ini.Persefahaman & strategi yang diterangkan oleh Pengarah Program supaya PBC kali ini lebih berkesan dihati perserta.
Latihan Dalam Kumpulan(LDK)sangat penting utk perserta supaya lebih yakin pada diri utk berjuang di medan yang sebenar.Ustaz Zaidon sedang menerangkan tugasan Kumpulan dan matlamat perserta di PBC.Alhamdulillah kumpulan Herba Tuju Angin telah berjaya menjadi Johan Persembahan terbaik Kumpulan,kerna komited dalam kumpulan.InsyaAlah berjaya di medan tempur sebenarnya.

PJS Zamri(PakSu)sedang mendengar pandangan dari ahli kumpulan Minyak But But(LDK),itulah unik nya walaupun ahli baru dalam HPA di PBC idea yang baik tetap diambil kira.

PBC kali ini juga disertai oleh Ust Uda Kassaim Panel Al-Khuliyah TV3.Dikesempatan itu Slot Kuliah Subuh telah disampai oleh beliau.Itulah hebat PBC kali ini perserta di beri ruang untuk bersama menjayakan segmen yang telah disediakan.

Slot Halal&Haram Produk telah disampaikan hari Ke 2 oleh Ustaz Zahir Ghazali,yang cukup memberi kesan yang mendalam kepada perserta.Ramai perserta teruja dengan amanat yang di sampai oleh Ustaz dalam slot ini.
Majlis penutup juga telah disempurnakan oleh Ustaz Zahir.
SELAMAT DATANG TAHUN 2009.ALLAH SENTIASA MEMBANTU.



Khamis, 11 Disember 2008

Indahnya muka Berseri

senyuman ikhlas penyeri wajah........................................................'
Abu Yazid Al-Busthami adalah seorang ahli sufi,dikunjungi seorang lelakiyang wajahnya murung dan kening selalu berkerut.


Lelaki itu mengadu :"Tuan sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadah pada Allah.Orang lain sudah lelap,saya masih bermunaajat.Isteri saya belum bangun,saya sudah mengaji.Saya bukan jenis pemalas yang enggan mencari rezeki.Tetapi mengapa saya selalu malang & kehidupan penuh kesulitan."

Abu Yazid menjawab sederhana,"Perbaikilah penampilanmu.Ubahlah roman mukamu.Kau tahu,Rasulullah adalah manusia paling miskin,namun wajahnya selalu ceria & tak pernah keruh,Sebab kata Rasulullah,salahsatu penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka yang membuat orang yang curiga padanya."

Mulai hari itu wajah lelaki tersebut senantiasa berseri,Setiap kali kesedihan diterima dgn sabar,tanpa mengeluh,Sikapnya mula ramah,wajahnya senantiasa menguntumkan senyuman persahabatan.Bah kan Rasulullah menegaskan,senyum adalah sedekah paling murah tapi paling besar pahalanya.

Rabu, 10 Disember 2008

Bangga dpt ayam halal

RFC satu family p pekena.....................................
Lunch dgn mak & abah yang baru sampai dari Lenggong,aku bawa depa p makan d RFC.Dah lama aku ajak mai Sg Petani,tapi dgn keizinan Allah dapat kami bersama dan menjamu selera di sini.Mak & Abah makan dgn nikmatnya.
Ya Allah perbanyakkan rezeki umat islam dan pembinaan restoran islam seperti ini di Malaysia ini.Amin

Selasa, 9 Disember 2008

Indahnya Ibadah korban

Suasana majlis Korban di Laguna Merbok Sg Petani
Indah Ibadah Korban












Ikhlas,kerjasama dimana jua berada di atas nama agama Islam pasti wujud bagi memastikan ibadah korban berjalan lancar.



Indahnya ibadah korban dilakukan ikhlas kerna Allah
Begini lah suasana korban di kampungku Kota Tampan Lenggong.
Pekerja mahir sedang melapah lembu korban,hanya mengambil masa 10 minit


sedang mengagih daging korban,muafakat &kerjasama
sentiasa wujud tanpa paksaaan,Inilah namanya ikhlas dalam ibadah.