Khamis, 12 Februari 2009

Timbulkan kesedaran penggunaan produk Halal

Ya Salam,
Jam 12 tengahari aku bersama Ust.Zahir & Abg Zad berada di Sek.Men Taman Ria Jaya,bagi memberi ceramah kesedaran Produk halal satu tuntutan.Pengisian hampir 2 jam,walaupun semua cikgu kepenatan dgn tugasan raptai sukan,tapi suntikan ilmu dgn penyampaian secara slide dapat menceria kan suasana dan tersentuh hati guru-guru.
Ulasan Cikgu Suhaimi yang berasal dr Muar selaku Pengerusi Majlis, penyampaian cukup tersentuh malah slot yang dipaparkan begitu teruja.Atas kesedaran beliau mencadangkan Koperasi sekolah menjual barangan HPA supaya pelajar & guru disekolah ini dpt menggunakannya.
InsyaAllah dgn kerjasama yang ikhlas ini,jika Allah memudahkan urusan apa yang dirancangkan maka stokis akan beroperasi di Sekolah ini.
Tapi sayang aku tak sempat merakamkan gambar sewaktu program ini berlangsung.Jutaan Terima Kasih juga Pada Pengetua Sekolah En Saad Bin Mat Isa yang membantu aku untuk membenarkan program ini diadakan, malah beliau merancangkan program ini perlu di sampaikan atau diserapkan juga kepada Pelajar utuk memberi kesedaran yang mendalam.
InsyaAllah ada sambungan...

Tiada ulasan: